Konsep Pendaraban

Assalamualaikum, bersama saya lagi pada kali ini.Hari ini saya akan menerangkan konsep pendaraban dalam matematik.Semoga menjadi manfaat kepada semua.


Bagi sesuatu operasi darab, perlu kita ingat bahawa penulisan angka yang mewakili bilangan kumpulan perlu ditulis Di sebelah kiri manakala bilangan ahli dalam kumpulan perlu ditulis di sebelah kanan.Bagi penulisan ayat matematik pendaraban yang melibatkan suatu nilai ukuran, nombor yang tidak berunit akan ditulis disebelah kiri manakala nilai ukuran akan ditulis di sebelah kanan.Ini bersesuaian dengan kosep di atas.Walau bagaimanapun, bagi penulisan dalam bentuk lazim pendaraban yang melibatkan suatu nilai ukuran, nilai ukuran tersebut akan ditulis di bahagian atas manakala angka tanpa unit ditulis dibawahnya. Ini adalah bagi memudahkan pengiraan dibuat.Perlu diingat bahawa ayat matematik adalah berkait dengan konsep manakala bentuk lazim berkait dengan prosedur. 

Image result for konsep darab
Antara konsep yang  ada
Sila cuba ini.



Image result for konsep darab
Selamat Mencuba.Hehehe



  

Ulasan

Catatan Popular