Ungkapan Algebra Bahagian 3
PEMFAKTORAN UNGKAPAN KUADRATIK
Pemfaktoran ungkapan kuadratik (factorisation of quadratic expressions) ialah suatu proses mencari dua ungkapan linear (linear expressions) yang hasil darabnya sama dengan ungkapan kuadratik tersebut.
Contohnya;
x2 + x – 2 = (x – 1)(x + 2)
Ungkapan kuadratik berbentuk ax2 + bx dan ax2 + c boleh difaktorkan dengan mengenal pasti faktor sepunyanya (common factors).
Contoh 1
Faktorkan setiap yang berikut.
- 6 – 15m2
Jwb: 3(2 – 5m2) ; 3 ialah faktor sepunya bagi 6 dan 15m2. - 10k2 – 15k
Jwb: 5k(2k – 3) ; 5k ialah faktor sepunya bagi 10k2 dan 15k.
Ungkapan kuadratik px2 – q dengan p dan q sebagai kuasa dua sempurna (perfect squares) boleh ditulis semula sebagai (ax) 2 – b2 dengan a2 = p dan b2= q.
Seterusnya (ax) 2 – b2 difaktorkan dengan menggunakan identiti.
a2 – b2 = (a – b)(a + b)
Ni la jawapan yang saya cari , thankyou !
BalasPadam