Konsep Pembahagian

Assalamualaikum. Pada hari ini, bersama saya lagi di blog ini 'Cara Mudah Matematik'.
Pada hari ini, saya akan membincangkan atau lebih ringkas menerangkan konsep bahagi dalam ilmu matematik yang sememangnya menjadi perkara penting dalam kehidupan kita.

Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh pelajar di sekolah rendah. Adalah tidak wajar mengembangkan konsep bahagi secara berasingan daripada konsep operasi darab. Operasi bahagi dikaitkan dengan operasi darab sebagaimana operasi tolak dikaitkan dengan operasi tambah.

1.            Pembahagian sebagai pengumpulan

Dalam situasi ini, kita tahu berapa objek yang terdapat dalam setiap kumpulan dan mesti menentukan bilangan kumpulan. Dalam proses ini murid dikehendaki mengukur bilangan subset yang kecil yang sama besar daripada set objek yang asal. Contohnya:




2.                Pembahagian sebagai operasi tolak berulang

Konsep bahagi sebagai operasi tolak berulang berkait rapat dengan konsep bahagi sebagai proses pengumpulan. Contohnya:


Dalam penyelesaian 15 ÷ 3 =?,
Pelajar digalakkan bertanya diri sendiri: "Ada berapa 3 dalam 15?"
Dengan menggunakan pembilang pelajar boleh menentukan 5 kumpulan 3.




3.            Pembahagian sebagai perkongsian

Dalam situasi ini, satu set objek (jumlah asal) diasingkan kepada beberapa kumpulan (subset) yang ditetapkan dan kita hendak mencari bilangan objek dalam setiap kumpulan (subset). Murid berkongsi sejumlah objek secara sama rata dengan beberapa orang. Contohnya:




4.            Pembahagian sebagai songsangan darab


Konsep bahagi sebagai songsangan darab boleh digunakan untuk melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi.





5.            Pembahagian dengan garis nombor

Aspek operasi bahagi ialah operasi tolak berulang dan boleh diwakili dengan lompatan-lompatan pada garis nombor. 
Lompatan-lompatan bermula daripada nombor yang dibahagi, bergerak ke kiri menuju sifar.




6.            Pembahagian dengan tatasusunan

Tatasusunan memberi pola tentang kedua-dua operasi darab dan bahagi. Apabila seseorang murid berkebolehan menentukan pola tatasusunan terdiri daripada baris-baris dan lajur yang diskrit, dia boleh menulis semua fakta asas darab dan bahagi yang berkenaan. Contohnya:





7.            Pembahagian dengan faktor skala

Sekian sahaja daripada saya, Cikgu Syazwan.

Ulasan

Catatan Popular